..voice from Adah Shu's heart..


Friday, April 2, 2010

Shanghai


Semasa dunia sibuk dengan sukan Olimpik Beijing 2008, keluarga saya sibuk juga nak ke China. Em, bukan ke Beijing tapi ke Hangzhou, Suzhou & Shanghai. Perjalanan ke sana kalau tak silap saya lebih kurang 5 jam. Kami naik Air Asia je. Kata mak, jimat sikit. Tak perlu berbelanja lebih. Kami beruntung sebab dapat Muslim tour. Boleh makan apa sahaja. Tak perlu jadi vegetarian. Bukan itu saje, pemandu pelancong kami pun baik sangat. Peramah, walaupun susah nak faham apa yang dia cuba nak sampaikan. Yela, the way they pronounce certain words memang berbeza. Driver van yang kami naik itu lagi lah langsung tak boleh bertutur dalam bahasa inggeris. Kesian dia. Terpaksa guna bahasa isyarat. Kadang-kadang rasa lucu juga. Macam bertutur dengan orang bisu. hehe. Tapi mereka ni baik sangat.


Di sana, kami dibawa ke tempat-tempat menarik seperti West Lake, Kilang membuat pearl, Kilang membuat kain sutera, Tempat perubatan herba-herba China, Ladang teh, Water Village, acrobatics show dan lain-lain. Apa yang mengejutkan kami, kebetulan pemilik kedai batu jet di Shanghai adalah orang Malaysia. Kaya. Baik hati. So, dapatlah discount. huhu.


Saya teringat satu tragedi sewaktu di hotel. Saya mahu pakai iron. Saya minta dengan house keeper yang kebetulan berada di depan bilik saya. Susah sangat nak dapat iron, sebab apa? Em, dia xfaham cakap saya. Langsung tak boleh speaking. Terpaksalah lukis gambar iron tu. tapi memandangkan lukisan saya sangat buruk, dia tak paham. Puas saya melakonkan watak orang sedang menggosok baju. Dia ketawa tengok saya tapi muka saya dah merah padam tahan sabar. Tourist guard kami dah tunggu di lobi hotel nak bawa kami ke tempat lain. Terpaksa delay. Adalah dalam setengah jam macam tu kecoh-kecoh kat depan bilik hotel. hehe.

Bukan itu je, sewaktu mahu breakfast, saya mencari air panas. Salah seorang waitress tu cakap something kat saya sambil menuding jari ke arah air panas. Tapi saya tak tahu pun dia tujukan pada saya. Yela, dia cakap cina. Manalah saya tahu. Nasib baik mak saya ada belajar sikit bahasa cina, so dia cepat-cepat cakap " Shuhadah, amoi itu cakap dengan awaklah.." huh.



Kebetulan masa kami berada di sana, China gempar dengan gempa bumi. di Hangzhou kebetulan. Alhamdulillah Dia lindungi kami. Mujur kami tak rasa apa-apa pun. Pukul 5 pagi di sana dah terang benderang. So, subuh pun awal lah. Suhu di sana sekitar 10 hingga 15 darjah celcius. Tak lah sejuk sangat.Lebih kurang suhu di Cameron Higland. Yela, masa itu pun musim bunga. Tetapi, kerap juga hujan. Banyak rancangan terbantut.. Em, bab solat kat sana pulak tak ada masalah. Alhamdulillah. Kami beruntung sebab tourist guard tu selalu bawa kami ke masjid setiap kali waktu solat itupun atas permintaa abah. Walaupun diorang bukan orang Islam, tetapi diorang sungguh memahami dah menjaga sensitiviti orang islam. Cuma yang susah sikit tu bab kebersihan. Yela, di toilet langsung tiada air, termasuklah di masjid. Diorg dah biasa pakai tisu. Jadi itu terpaksalah tadah air dalam botol sebelum ke toilet utk kekalkan kebersihan. huhu.



Hmm..apa-apa pun bercuti di China memang 1 pengalaman yang menyeronokkan. Macam-macam perkara dan benda yang kita belajar. Culture diorang esspecially.
Lebih menarik kebetulan birthday saya jatuh pada hari kami di sana. 12 mei. Mak belikan hadiah yang special buat saya iaitu sikat kayu yang berukiran patung jepun. Sungguh 'chumel'. Sayang nak pakai. Buat perhiasan je. Apa-apa pun terima kasih pada mak & abah bawa saya dan adik bercuti ke cina. Rugi sangat abang & adik lelaki tak ikut sekali. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Em, rasanya sampai sini sajelah cerita saya. tak tahu nak cakap apa dah. hehe. daa~



Saya tak faham..



Kadang-kadang saya tak faham apa yang senanrnya berlaku di Malaysia ini ? Mana yang betul dan mana pula yang salah ? Semuanya dipolitikkan. Kenapa? Saya tak faham kenapa Melayu suka bercakar sesama sendiri lebih-lebih lagi dalam bidang politik. Parti ini hentam parti itu. Apa yang mereka rebutkan sebenarnya ? Dalam masa yang sama bangsa lain mula mengambil kesempatan. Hak Melayu dikikis satu persatu sampai tahap berani mengganggu sensitiviti Melayu tak kiralah dari apa aspek pun. Tapi kenapa Melayu masih tak sedar. Terus bercakar dan bercakar.

"meMiLih YanG seLamat MunGkin PerkaRa
YanG PaLinG TidAk SelamaT dAlAM dUniA. KaMu TiDak BolEH
BerDirI kaKu. KaMu Harus MaRA"
RoBert ColliER


Dalam masa yang sama anak-anak muda terutamanya golongan remaja sibuk dengan hiburan. Macam-macam pertandingan nyanyian yang mereka nak masuk. Berlumba-lumba mahu jadi penyani dan penghibur.kenapa eh ? Yang jadi pendorong ibu bapa. Saya tak faham kenapa keluarga Melayu berlumba-lumba mahu lahirkan seorang artis ? Bukan arkitek, guru, doktor, peguam atau lain-lain kerja yang boleh memberi sumbangan bukan pada bangsa Melayu sendiri tapi juga agama. Tetapi bangsa lain antara sedar atau tidak, mereka berlumba-lumba mahu anak mereka jadi golongan profesional.

:: oRang YanG bIjak AdalaH oRang YaNg mEmpElajAri BaNyak
PerkaRa dAriPada MusuHnya SeNdiri ::

Berbeza dengan Melayu di Singapura. Memandangkan mereka golongan minoriti, mereka terpaksa bersaing dengan bangsa lain. Sikap mereka sungguh 'excellent'. Cara mereka berfikir dan lain-lain. Takkan kita nak tunggu Melayu di Malaysia jadi kaum minoriti baru kita nak 'bangun dari tidur'.? Saya pasti semua tahu sejarah kan? Em, macam mana Singapura keluar dari Malaysia. Cukup lah 'benda itu' berlaku sekali dan jangan biarkan 'dia' berlaku lagi. Tetapi bagaimana kalau kita masih tidak sedar. Tidak bersatu. Melayu sebenarnya bijak, pandai cuma kita perlu lebih kesedaran. Janganlah terus leka. Jangan asyik berhibur. Mahu berhibur tidak salah kalau kita tahu batasannya. Jangan lah sampai tahap kita merempat di negara sendiri sudahlah..


"Hanya orang yang lemah yang akan hilang tanah airnya. Ia tidak akan berlaku sekarang tapi ia akan berlaku" Tun Dr. Mahathir.