..voice from Adah Shu's heart..


Friday, April 2, 2010

Saya tak faham..



Kadang-kadang saya tak faham apa yang senanrnya berlaku di Malaysia ini ? Mana yang betul dan mana pula yang salah ? Semuanya dipolitikkan. Kenapa? Saya tak faham kenapa Melayu suka bercakar sesama sendiri lebih-lebih lagi dalam bidang politik. Parti ini hentam parti itu. Apa yang mereka rebutkan sebenarnya ? Dalam masa yang sama bangsa lain mula mengambil kesempatan. Hak Melayu dikikis satu persatu sampai tahap berani mengganggu sensitiviti Melayu tak kiralah dari apa aspek pun. Tapi kenapa Melayu masih tak sedar. Terus bercakar dan bercakar.

"meMiLih YanG seLamat MunGkin PerkaRa
YanG PaLinG TidAk SelamaT dAlAM dUniA. KaMu TiDak BolEH
BerDirI kaKu. KaMu Harus MaRA"
RoBert ColliER


Dalam masa yang sama anak-anak muda terutamanya golongan remaja sibuk dengan hiburan. Macam-macam pertandingan nyanyian yang mereka nak masuk. Berlumba-lumba mahu jadi penyani dan penghibur.kenapa eh ? Yang jadi pendorong ibu bapa. Saya tak faham kenapa keluarga Melayu berlumba-lumba mahu lahirkan seorang artis ? Bukan arkitek, guru, doktor, peguam atau lain-lain kerja yang boleh memberi sumbangan bukan pada bangsa Melayu sendiri tapi juga agama. Tetapi bangsa lain antara sedar atau tidak, mereka berlumba-lumba mahu anak mereka jadi golongan profesional.

:: oRang YanG bIjak AdalaH oRang YaNg mEmpElajAri BaNyak
PerkaRa dAriPada MusuHnya SeNdiri ::

Berbeza dengan Melayu di Singapura. Memandangkan mereka golongan minoriti, mereka terpaksa bersaing dengan bangsa lain. Sikap mereka sungguh 'excellent'. Cara mereka berfikir dan lain-lain. Takkan kita nak tunggu Melayu di Malaysia jadi kaum minoriti baru kita nak 'bangun dari tidur'.? Saya pasti semua tahu sejarah kan? Em, macam mana Singapura keluar dari Malaysia. Cukup lah 'benda itu' berlaku sekali dan jangan biarkan 'dia' berlaku lagi. Tetapi bagaimana kalau kita masih tidak sedar. Tidak bersatu. Melayu sebenarnya bijak, pandai cuma kita perlu lebih kesedaran. Janganlah terus leka. Jangan asyik berhibur. Mahu berhibur tidak salah kalau kita tahu batasannya. Jangan lah sampai tahap kita merempat di negara sendiri sudahlah..


"Hanya orang yang lemah yang akan hilang tanah airnya. Ia tidak akan berlaku sekarang tapi ia akan berlaku" Tun Dr. Mahathir.

No comments:

Post a Comment