..voice from Adah Shu's heart..


Monday, April 5, 2010

Kita Bukan Orang Putih.


Pertama sekali, saya ingin memohon maaf jikalau ada mana-mana pihak yang tersinggung bila baca artikel ini. Tak ada niat pun nak buat begitu. Cuma mahu kita semua berfikir dan ubah mana yang patut.

Sebenarnya, secara jujur saya memang tidak gemar menonton filem atau drama Melayu atas banyak sebab. Mungkin kawan rapat saya tahu dan sedar perkara ini. Dan saya prefer beli CD cetak rompak daripada menghabiskan duit beli yang original atau tengok wayang. Kenapa? Saya rasa benci bila tengok filem atau drama Melayu kebelakangan ini terutamanya dari segi pakaian, percakapan, pergaulan dan moral value tu sendiri walaupun bukan semua begitu. Saya rasa sakit hati bila saya berbelanja untuk sesuatu yang tidak berbaloi. Frust sangat. Tak kiralah kalau kawan belanja pun.



Saya tak faham kenapa mereka (pelakon) perlu berpakaian seksi seperi cerita-cerita Hollywood?
Kita bukan orang putih macam mereka. Mungkin ada di antara kita (melayu) yang berkulit putih but still kt bukan orang putih. Mereka agama apa? Kristian! Kita? Islam bukan? Jadi itu kenapa mesti tiru macam mereka.? Gaya hidup mereka berbeza. Ya betul, itu bergantung pada watak yg dibawa dan jalan cerita..Tapi kita kan ada ramai pengarah-pengarah yang hebat dan kreatif. Itu semua boleh diubah bukan? tentu bukan masalah besar.



Dari segi pertuturan..kenapa mesti terlalu kerap guna bahasa kasar atau kata-kata kesat? Saya tahu itu realiti hidup. Tapi perlu ke kita express bulat-bulat baru penonton boleh 'feel'? Obviously, ia memang memberi kesan negatif pada budak-budak yang sedang membesar.. Mana pergi sikap Melayu tulen yang lemah-lembut, sopan santun dan beradab.

Em, bab pergaulan pulak, saya faham mereka memegang watak sebagai ahli keluarga dll. Tapi perlu ke sampai peluk cium lelaki perempuan bukan muhrim, kononnya adik dan abang atau mak dan anak lelaki..? sama lah juga dengan pasangan bercinta. Tak perlulah nak dukung mendukung dll untuk yakinkan penonton yang mereka ni mmg betul-betul bercinta bukan? Banyak lagi cara yang boleh menunjukkan yang mereka ada ikatan kekeluargaan atau cinta. Kalau dulu saya boleh tengok tv sama-sama dgn famili. Bergelimpangan depan tv. Seronok rasanya tengok ramai-ramai. Tak kiralah cerita sedih ke, lucu ke atau apa ke. Tapi sekarang, kena pandai pilih cerita. Bukan semua boleh tgk sama-sama. Malu rasanya bila ada babak yang 'bukan-bukan', yang tak sepatutnya ditayang contonhnya di kelab malam. Bukan cerita 'orang putih' je yang kena tapis sekarang, Melayu pun sama. T_T. Ini lah akibatnya bila manusia dah terlalu moden. Moden dari segi apa? Em, saya pun tak pasti.




Saya bangga dengan drama Nur Kasih arahan Khabir Bahtia. Begitu juga dengan filem Indonesia, Ayat-ayat Cinta. Tak perlu modal besar-besar sangat macam cerita-cerita barat spt Harry Potter, The Lord of the ring dll. Yang penting cerita itu dekat dengan masyarakat dan dalam masa yang sama masih menjaga nama baik Melayu dan Islam. Pengarah juga bukan setakat boleh buat duit tapi boleh juga berdakwah. Dapat pahala. Kalau kt promote benda yang baik, nescaya sampai kita matipun kita akan dapat pahala kalau orang ikut dan begitulah juga sebaliknya. So, fikirlah mana yang kita mahukan??

5 comments:

  1. lalalalalalalala~

    jarang follow citer Nur Kasih...

    jg xpernah tgk Ayat2 Cinta...

    huhuhuhuhu~

    ReplyDelete
  2. Em, rugi sangat kalau macam tu. sy suka gila cite ni. Tabik spring ^^

    ReplyDelete
  3. owww.. mcm 2 ye.. aku sokong ngn pndpt ko 2.. nur kaseh xdela smpai seksi meksi tp pnonton ske cite 2..

    ReplyDelete
  4. Em, Khabir Bahtia memang kreatif. Aku rasa pengarah-pengarah lain patut amik class mengarah dari dia. :P

    ReplyDelete
  5. sebenanye ponoton da bosan ngn lakonan mcm koperat la.. org kayela.. padehal populasi org mlayu yg kaye bkn bnyk sangt pn..

    ReplyDelete