..voice from Adah Shu's heart..


Sunday, April 4, 2010

Compartment tu dah kosong


Compartment tu dah kosong..Penghuni dia which is roomate saya sendiri dah balik rumah dia dah.Memandangkan semester depan kami kena pindah bilik, semua barang dia dah tak de dah. Kosong. Sunyi sepi je. Tilam yang dia biasa tumbangkan atas lantai pun dah disandarkan kat tepi dinding. Yang tinggal 2-3 botol air mineral dan sikit2 barang yang nak diwakafkan kat Mak cik cleaner je. Hehe. Tapi saya ? Em, masih di sini. Di compartment sebelah. Compartment saya masih penuh dengan barang-barang. Memandangkan exam saya belum habis lagi, ada lagi 1 paper..terpaksalah duduk kat sini. Walaupun jarak antara paper ni dengan paper sebelumnya 8hari, saya tak rasa macam nak study pun sepanjang waktu tu. Kenapa eh? Entah. Allah je tahu.




Hati saya kosong. Otak saya bercelaru. Macam-macam perkara yang saya fikir sekarang ni.
Pertamanya frust sangat sebab the 1st 3 paper tu saya xboleh perform well. Administrative law, Company Law & Public International Law. Maybe sebab saya kurang usaha. Saya tak buat bersunggug-sungguh. Cukup setakat ala kadar. Time management masa jawab exam pun teruk. Banyak soalan ditinggalkan tanpa jawapan. Kenapa saya macam ni? Leka dan lalai agaknya. Kalau nak kata soalan tu susah sangat tak juga. Banyak je yang straight forward. Tapi kenapa masih tak boleh buat? Erm, tak pelah Shuhadah yang penting dah lepas. Usah dikenang dah. Tawakkal je la ok. Tetapi, bukan itu je yang saya fikir.

::sAhabAt SeJati aDalah MeReka Yang SangGup BerAda di
siSiMu KeTika KaMu mEmERluKan SoKoNgan WaLauPun Saat Itu meREka Sepatutnya BeRaDa Di TeMPAt lAin yanG lebiH menyEronokkAN::


Keduanya
. Pasal compartment yang kosong tadi tu. Lepas ni saya akan kehilangan roommate yang sungguh memahami dan baik hati walaupun dari luaran dia nampak agak kasar. Tapi hati dia baik. Kami terlalu rapat. Macam adik-beradik. Lunch + dinner sama-sama. Dia budak AIKOL (Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law) juga. Second year. Setiap malam kalau saya rasa takut, pasti saya akan sorong bantal + selimut + dan toto ke compartment dia. Pastu berlakon buat muka sedih meraih simpati. Dia dah masak benar dengan perangai buruk saya ini. Penakut. Nak pergi bilik air malam-malam pun nak berteman. Yela, bukan salah saya. Daya imaginasi saya tinggi sangat. Suka fikir benda yang bukan-bukan. Hantu lah maksud saya. Ingat lagi lepas tengok cerita "Paranomal activity", tak nampak pun hantunnya. Tapi kesan ketakutan tu memang hebat. Lebih 2 minggu saya tidur sebelah dia. Nasib baik dia faham. Tak perlu susah2 berlakon. huhu.



Pejam celik pejam celik dah 2 tahun kami duduk sebilik. Dia pun berani je tegur saya kalau saya buat silap. Biasanya tak ada orang yang berani tegur saya. Bukan sebab diorang takut. Tapi saya yang tak takut diorang. hehe. Jangan pandang rendah pada saya tau. Ingat lagi, semester ini saya asyik main Facebook je. Mak bagi broadband untuk buat benda-benda berfaedah. Macam baca newspaper ke. Buat assignment ke. Bukan saya tak buat. Buat juga. Tapi 10% je. yang lain tu FB.
Ingat kan boleh sembunyi dari mak, rupenya ada mak lagi 1 kat sini. Mak tiri. Dia lah tu. Nak buka fb kena curi-curi. Tak pun kena explain kat dia yang saya dah penat study dah nak relax. Bukan itu je, kalau saya makan tak habis mesti muka dia tiba-tiba berubah. Jadi singa jadian. Terpaksalah habiskan walaupun perut dah kenyang. Bila fikir-fikir balik memang betul pun apa yang dibuat tu. Untuk kebaikan saya juga.=)

::tiAda haDiaH Yang leBih BerhaRga Daripada naSihat Yang BaiK::


Tapi tu dulu. Sekarang dah tak dah. Mulai sekarang mungkin tak lagi. Next sem, kitorang dah tak sama bilik dah. Dia dapat blok F atau H. tapi saya masih di blok C. Jauhnya dia tercampak..Malang sungguh nasib kami. Boring sangat kalau dia tak de. Lepas ini kalau saya takut, tak tahu nak tidur mana dah.? Tak kan nak sorong bantal + toto + selimut ke blok dia. Mesti pelik orang tengok.dah macam nak pindah dah. Dah takada teman nak ajak berbual, bergurau, & berangan hehe. Dan tak ada orang dah yang suka buat saya marah dengan cara sergah dan cucuk pinggang saya dah. Tapi, em tak pelah. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Allah tidak akan mentakdirkan sesuatu perkara itu untuk tujuan yang sia-siakan? so, kita kena sentiasa berfikiran positive. Setiap apa yang ditakdirkan itu ada buruk & baiknya. Terimalah dengan hati terbuka V(^_^)V

2 comments:

  1. hye adah!!
    muhehehehehe~
    fiqah neh... agagagagaga!
    i'm your follower...
    insaf kejap bca ayat neh:

    "pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Allah tidak akan mentakdirkan sesuatu perkara itu untuk tujuan yang sia-siakan? so, kita kena sentiasa berfikiran positive. Setiap apa yang ditakdirkan itu ada buruk & baiknya. Terimalah dengan hati terbuka"

    Aku redha kepada Allah... Sebagaimana Allah redha ke atas ku... Semoga redhaku mencecah ke dasar hati...

    big huggss sis!

    ~*(^_^)*~

    ReplyDelete
  2. hye kak fiqa~
    Thanks.
    tu kata-kata hikmah yang kawan saya bagi masa saya down gle.
    Sampai sekarang kalau ada prob, mesti saya ingat benda tu.
    Kak fecca pun ingat juga tau.=)

    ReplyDelete