..voice from Adah Shu's heart..


Thursday, April 15, 2010

Law Attachment Programme

salam..

Cuti sem selama 3 bulan ni x rasa pun, sbb kami kena buat attachment lbh kurang 3 bulan. Attachment ni lebih kurang mcm praktikal la cume 'term' je berbeza. Ia special utk budak2 law yg dah complete certain credit hours & biasanya budak tahun tiga.

Selama 2 minggu kami bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah JB Selatan. Macam-macam pengalaman yg kami dapat di sana terutamanya di bawah Unit Siasatan Jenayah. Contohnya belajar macam mana polis jalankan siasatan selepas dapat laporan atas sesuatu kes tu tak kiralah kes kecil ataupun besar. Kami juga berpeluang untuk pergi ke scene of crime iaitu tempat di mana jenayah tu berlaku.. Contohnya kami dibawa oleh 2 org inspector utk pergi ke tapak di mana berlakunya kes samun + kelar. Mangsa adalah seorang security guard di 1 tapak projek pembinaan. 3 orang lelaki cuba untuk mencuri peralatan dan jentera pembinaan di mana kosnya kalau x silap lebih kurang RM40 k. Tetapi mangsa sedaya upaya menghalang dan berlakulah pergelutan dan tumpah darah. Hurm, tanngan dan kaki mangsa dikelar. Mujur mangsa tidak mati. kami melawat mangsa di Hospital Sultanah Aminah.

Kami jug berpeluang tengok gambar-gambar post mortem kes bunuh. Post mortem ni penting utk tahu punca sebenar kematian seseorang tu. Memandangkan hukuman membunuh tu adalah gantung sampai mati, so siasatan terperinci tu mestilah dilakukan. Punca kematian sebenar mestilah dibuktikan 'beyond reasonable doubt'. Jangka masa utk sesuatu post mortem tu lebih kurang 3 jam ataupun lebih. Memandangkan kami belum betul-betul attached ke Jab. Jenayah, jadi itu kami belum berpeluang utk melihat post mortem secara 'live'.

Lagi pengalaman menarik, kami juga berpeluang utk join D7 (Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat, Perjudian & Persundalan) pergi buat serbuan di rumah tumpangan (hotel kos murah). Selepas mendapat aduan daripada orang awam, polis pun mulakan kerja utk tangkap PRC (People Republic of China). First time tengok macam mana polis pecahkan pintu kerana betapa degilnya orang di dalam utk membuka wlpn polis dah bagi amaran baik-baik. Dia buat pekak je.

..setakat ni itu saje cerita saya...t lepas 2 minggu sy update lagi...

No comments:

Post a Comment